Berita Terkini

Tak cukup lagi ke kalah besar di Melaka?


Baru sahaja selesai pilihan raya di Melaka, sudah timbul pula polemik baharu daripada pemimpin DAP tentang peraturan penutupan premis ketika solat Jumaat di Terengganu.
YB Khoo Poay Tiong, apa sebenarnya yang hendak dipertikaikan?
Orang Cina di Terengganu sudah sekian lama hidup bersama masyarakat Melayu, berniaga, berjiran dan saling menghormati.
Kalau ada masalah sebenar, kemukakan bukti. Kalau ada peniaga bukan Islam teraniaya, kita perjuangkan hak mereka.
Tetapi janganlah menggambarkan seolah-olah seluruh masyarakat bukan Islam sedang ditindas hanya kerana tidak bersetuju dengan sesuatu peraturan.
Terengganu bukan bahan eksperimen untuk mencetuskan polemik agama.
Nak pertikai dasar, silakan. Tetapi biarlah berdasarkan fakta, bukan gambaran yang menimbulkan salah faham antara masyarakat.
Keharmonian yang dibina puluhan tahun jauh lebih berharga daripada keuntungan politik sehari dua.

Dr Tengku M Fakhruddin
Adun Sura

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form