Berita Terkini

Aidilfitri disambut esok


KUALA LUMPUR:
Masyarakat Islam di Malaysia bakal menyambut Aidilfitri, esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mengumumkan perkara itu selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, sejak petang tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022," katanya.

Beliau bekata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.

Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form