Header

Umno Paya Besar minta Zahid letak jawatan


Umno Paya Besar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno demi bangsa Melayu, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli parti.

Desakan secara terbuka itu dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar itu berkata, kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap pimpinan Umno membawa beban berat kebangkitan semula Umno.

Katanya, kemelut pimpinan tertinggi Umno, khususnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi serta Ahli-ahli Parlimen sejak PRU14 dan Perhimpunan Agung 2018 berlarutan tanpa kelihatan dapat diselesaikan.

“Tindak tanduk ahli-ahli MKT serta Ahli Parlimen yang tidak terarah mendedahkan Umno kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi PRU15

“Arah tuju yang tidak jelas beserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno,” katanya.

Justeru katanya, ahli-ahli umno tidak dapat melihat jelas kewajaran mendokong pemimpin yang dipecat oleh ahli majlis kerja tertinggi sendiri, penolakan kerjasama dengan Bersatu oleh bahagian-bahagian jelas memperlihatkan ketegasan penolakan ahli Umno terhadap pimpinan kerajaan Bersatu.

 


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.