Header

Teguran buat Ahmad Maslan


Saya selaku setiausaha Umno Bahagian Batu Wilayah Persekutuan ingin menegur dan menasihat Yang Berhomat setiausaha agung Umno agar fokus kepada isu-isu rakyat daripada bab-bab darurat yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Hentikan segera gerakan yang memualkan rakyat.

Sebelum ini Umno telah menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan darurat, oleh itu tidak perlu nak polemikkan dan desak lagi hal-hal darurat ini. Seperti hari itu sudah bagus, YB turun padang untuk bantu mangsa banjir di Pahang. Teruskan dan perhebatkan lagi.

Kenyataan kontroversi setiausaha agung ini buat rakyat bertambah benci dengan Umno. Kami di bawah sibuk membantu rakyat sewaktu PKP Covid-19 dan musim banjir, setiausaha agung Umno pula mengeruhkan keadaan dengan kenyataan kontroversi itu.

Isu PhD, parut kelapa, sidang Dewan Rakyat, kami penat nak menepis persepsi isu-isu ini kepada rakyat.

Akhir kata dan nasihat saya kepada setiausaha agung, buat kerja diam-diam dan fikir strategi untuk kuatkan Umno hadapi PRU15.

Jangan sampai nanti ada gerakan untuk ubah setiausaha agung Umno ini.

GULAM MUSZAFFAR
Setiausaha Umno Bahagian Batu Wilayah Persekutuan.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.