KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengingatkan para senator untuk memahami aspirasi pelantikan mereka sebagaimana tertakluk dalam Perkara 45 (1)(2) Perlembagaan Persekutuan .
Beliau
berharap mereka akan menggunakan sepenuhnya latar belakang profesion
mereka dalam bidang masing-masing untuk membahaskan sesuatu yang
berkualiti serta besesuaian dengan kedudukan Dewan Negara sebagai badan
penggubal undang-undang tertinggi.
"Saya
tidak mahu perbahasan terarah kepada politik kepartian yang sempit,
sebaliknya saya mahu perbincangan yang lebih matang dan tuntas.
"Kewujudan
Dewan Negara penting bagi membolehkan pandangan yang lebih berfakta
berbanding perbahasan retorik politik semata-mata," katanya ketika
majlis angkat sumpah lantikan semula dua senator di Dewan Negara di
sini, pada Selasa.
Dua
ahli Dewan Negara, Datuk T. Mohan, 47, dan Aknan a/l Ehtok, 58, hari
ini mengangkat sumpah sebagai Senator untuk tempoh tiga tahun lagi.
Rais
sekali lagi mengingatkan perbahasan yang berkualiti dengan menekankan
isu-isu kepentingan rakyat dan megelakkan daripada menjadikan Dewan
Negara sebagai medan politik.
"Asingkan
fahaman politi berasaskan parti dan hasilkan perbahasaan yang lebih
berkualiti yang dapat menyumbangkan kepada proses kemajuan negara,"
jelasnya.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Berita
