Berita Terkini

Orang baik selalu terpedaya


Dahulunya saya kagum akan penulisan Saudara Ahmad Muslim Badawi (nama pena adalah Ipohmali), dimana penulisan amat tajam, merungkai akal sekaligus membasmi kebodohan berfikir.
.
Apabila dia menulis mengenai Tun Mahathir, memuji-muji akan sikap Tun Mahathir malah tanpa segan silu berkongsi tulisan Tun Mahathir kronologi "kenapa kutty letak jawatan PM" sambil memuji "bagus Mahathir ini" maka dari sini kelihatan bagaimana pandangan politik dia (Ipohmali).
.
Daripada gelek tulisan kita tahu Ipohmali ini seorang yang sangat baik. Malah melalui pengakuan dia tidak berwajah didalam media sosial kerana ingin menjaga hubung baik dengan semua orang menunjukkan dia adalah orang baik.
.
Semua orang baik didalam politik memiliki satu persamaan, iaitu mereka melihat politik sama seperti formula 1 + 1 = 2. Bagi orang baik didalam politik, apa yang dilihat itulah yang telah ternyata.
.
Ipohmali menyokong Tun Mahathir letak jawatan, baginya "itulah perinsip baik Tun Mahathir". Ipohmali menyokong semua kenyataan Tun Mahathir, baginya "itulah pegangan baik Tun Mahathir".
.
Malah jika Mat Sabu dan pemimpin Parti Amanah Negara yang lain berbuat baik dengan Tun Mahathir juga disokong melalui tulisan dengan mengatakan "mereka mengikut perinsip ATGNA". Apa boleh buat, ATGNA dah meninggal, kalau ATGNA masih hidup rasanya Hadi Awang si Ulama Jahat tak akan berani nak kencing berlari.
.
Adakah kita patut rasa menyampah dengan sokongan Ipohmali terhadap Tun Mahathir? TAK PERLU. Kita raikan perbezaan pendapat.
.
Kerana itulah pendapat yang datang dari orang baik. Orang baik mereka tidak akan memutarbelitkan apa yang telah terbentang dan terlihat di mata mereka.
.
Sebagai contoh, orang baik seperti Ipohmali ini (dan orang parti Amanah Negara yang baik-baik) mengatakan bahawa DSAI tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen. Dan dari sudut itu, PH gagal membentuk kerajaan semula.
.
Orang baik-baik dari Parti Amanah Negara dan Ipohmali ini bersetuju bahawa perlunya untuk "berbuat baik dengan Mahathir ini" supaya PH dapat kembali membentuk kerajaan.
.
Inilah 1 + 1 adalah 2. Buat baik dengan Mahathir maka dapat berkuasa kembali. Siapa yang patut jadi PM? Kalau buat baik dengan Mahathir, maka Mahathir lah jadi PM.
.
Maka 1 untuk Mahathir, 1 untuk Anwar. Hasil 2 iaitu a) PH berkuasa semula dan b) Mahathir jadi PM kembali.
.
Cara fikir orang baik-baik, begitulah.
.
Kenyataannya, orang baik selalu mudah diperbodohkan. Mudah dibuli, mudah dipermainkan. Dan yang paling menyakitkan mudah untuk dipergunakan.
.
Ipohmali mengatakan "politik bukan matematik 1+1" namun dia terjerumus dengan formula 1+1 apabila menulis. Dia orang baik-baik yang sedang diperkotak-katikkan kerana dia baik.
.
Mungkin sedang dia tidak lihat bagaimana Muhyiddin Yassin itu masih berkeras dengan jawatan PM nya walaupun sokongan ahli parlimen kepadanya telah diketahui goyah. Bukti? Lihat bagaimana gelisahnya golongan pengkhianat untuk melihat Belanjawan Zalim 2021 diluluskan.
.
Mungkin dia tidak tahu jawatan PM apabila telah digazetkan maka segala kuasa perintah akan turun kepada pemegang jawatan berkenaan. Jika dikatakan hilang sokongan sekalipun selagi tidak dibuktikan di didalam Parlimen maka itu semua menjadi daki dalam bualan.
.
Mungkin dia tidak nampak bagaimana terdesaknya Muhyiddin Yassin cuba menghalang usul undi tidak percaya, sampai sanggup menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan yang lainnya. Sampai dipergunakan semua jenis "loophole" yang ada pada undang-undang untuk meletakkan usul undi tidak percaya di senarai paling akhir didalam perbahasan.
.
Begitulah bagaimana maha dahsyatnya kuasa PM, yang begitu mudah dilepaskan oleh Mahathir Mohamad. Kalau Mahathir masih memegang kuasa PM ini maka boleh sahaja Azmin Ali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan "cubaan merosakkan demokrasi di Malaysia".
.
Oh, lupa, Ipohmali terlupa untuk melihat bagaimana Mahathir berulang kali menyebut "tidak mahu ada kaitan dengan PH" malah berkaitan janji untuk memartabatkan Anwar Ibrahim sebagai PM, Ipohmali ini terlepas pandang bagaimana Mahathir menafikannya sokongan sebagai ahli parlimen Langkawi.
.
Malah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan untuk "menyokong usaha Anwar Ibrahim" untuk menjadi Perdana Menteri. Akibatnya? Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan daripada MP Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua MP negeri ini hanya memusatkan sokongan mengikut kemahuan Mahathir Mohamad.
.
Sebab itu Mahathir Mohamad boleh dapat 63 sokongan MP.
.
Orang baik-baik daripada Parti Amanah Negara, mereka tidak melihat akan keadaan ini. Lupa, mereka orang baik-baik, maka apa yang mereka lihat adalah "Anwar Ibrahim telah diberikan peluang untuk meraih sokongan, tetapi gagal berbuat demikian".
.
Begitulah bagaimana orang baik-baik dari Parti Amanah Negara melihat. Orang jahat dari Parti Amanah Negara sebagai Saya ini melihat dari sudut lain, kerana setiap perbuatan pasti ada penyebabnya.
.
"Tak akan bergoyang pokok, kalau tiada angin".
.
Justeru, untuk memarahi Ipohmali terhadap pandangannya yang kerap menyokong Tun Mahathir semasa ini, bagi saya jangan.
.
Kerana dia orang baik-baik. Orang baik-baik yang mudah dipermainkan. Lagipun dia ingin menjaga hubungan baik. Sebab itu dia masih ahli PAS, dan dia bukan menjadi ahli biasa mana-mana parti politik didalam PH walaupun sebelum ini tulisan menyokong PH.
.
Sudahlah, kita "move on" sahaja. Nak harap kepada DAP, parti ini masih lagi rasis.
.
Nak harap pada PKR, penyokong masih kuat bermaki-maki.
.
Nak harap kepada Amanah, asyik nak berbuat baik dengan Mahathir. Maklumlah, orang baik.
.
Perikatan Nasional hangpa perintahlah Malaysia sampai mampus. Tak apa, tak ada duit cetak lah. Tak susah pun.
.
Apabila boleh buat, pemimpin PH masih ada orang baik-baik yang nak berbuat baik dengan Mahathir.
.
ahmades.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form