Berita Terkini

Ikatan buat bantahan rasmi pada nama Muda


Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) membuat bantahan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan nama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bantahan sekutu politik PAS itu dinyatakan melalui sepucuk surat yang diserahkan ke pejabat ROS di Putrajaya pagi tadi.

“Diharapkan pengasas Muda lebih bertanggungjawab dan tidak semberono dalam membuat keputusan politik.

“Tukarlah nama parti Muda kepada nama lain,” kata ketua Pemudanya Shahir Adnan.

Bantahan itu dibuat ketika Muda memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk meluluskan pendaftaran parti mereka akan berdepan tindakan undang-undang di mahkamah.

Penyokong Muda ketika menghantar surat peguam kepada ROS  pada 21 Disember.

Tempoh tujuh hari itu akan tamat pada awal minggu depan.

Muda mendaftar parti mereka pada 17 September lalu dan sehingga kini masih belum diluluskan.

Dalam kenyataan hari ini, Shahir mencadangkan Muda menggunakan perkataan lain yang senada seperti “pakatan” pada namanya.

Katanya, Ikatan telah sinonim dengan parti itu dan sudah lapan tahun menggunakannya.

“Muda yang diwarwarkan sebagai penggerak anak muda itu tidak kreatif dan menjadi copycat serta tiada identiti sendiri,” katanya.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form