Ketika itu Speaker Datuk Seri Azhar Azizan Harun sedang mengulas “ruling” yang dibuat Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said ketika mempengerusikan persidangan semalam.
Lim membentak:
“Tetapi itu “ruling” yang bodoh yang jahat. Jangan Speaker bersekongkol dengan Bintulu”
Dalam keklecohon dewan, beliau terus berkata apabila diperintah keluar oleh Speaker:
“Bersekongkol, bersubahat dengan kerajaan. Kamu keluar. Sepaker yang patut keluar”.
Beginikah decorum atau kesopanan, akhlak seorang ahli Parlimen yang dilahirkan oleh DAP? Saya tidak pernah menyaksikan seorang ahli Parlimen sebiadap begini dalam Dewan.
Jika pun kita tidak berpuas hati dengan keputusan atau tindakan Speaker, nyatakanlah secara sopan dan ikut prosedur yang ada.
Malu seingat saya ahli Parlimen Kepong yang lalu iaitu Dr Tan Seng Giaw cukup berakhlak, seorang pemimpin yang hebat disegani dan dihormati sepanjang karier beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen. Berlainan dengan Lim ini biadap dan mahu tunjuk samseng dalam Dewan.
Dimana perginya prinsip Rukunegara : “Kesopanan dan kesusilaan” jika di Dewan yang mulia ini pun ia tidak boleh ditegakkan.
Secara umumnya, Tuan Yang di-Pertua atau Speaker Dewan Rakyat berfungsi seperti moderator yang mempengerusikan dan mengawal selia perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat. Jika jawatan ini tidak dihormati apatah lagi dihina pula, bagaimana seorang ahli Dewan mahu meneruskan tugasnya secara efektif di Dewan?
Insiden ini cukup memalukan negara lantaran akhlak dan perangai buruk wakil DAP ini.
Beliau akhirnya digantung 5 hari dari menyertai persidangan Dewan oleh Speaker.
Saya kira Lim bukan hanya perlu meminta maaf pada Speaker malah kepada rakyat Malaysia kerana bertindak sedemikian rupa dalam sidang Dewan yang boleh diikuti secara “live” melalui internet.
Tuan Hj. Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Kenyataan

Stoplah pilih MP DAP. Mereka ni jenis yang tak cukup ilmu bahasa.
ReplyDeleteAll DAP MPs have Low level of vobaulary and bad choice of words.
For them, everything is stupid.
Rukunegara mereka tak hormat.
Kesetiaan pada Raja tiada.
Kesopanan dan kesusilaan pun tiada.
Apatah lagi percaya kepada Tuhan, lagilah mereka tiada.
Janganlah. Cukuplah. Orang Islam wajib tolak DAP dan mereka yang bersama mereka. Say no to Kafir Harbi.
Vocabulary
ReplyDelete