Berita Terkini

Semua wakil rakyat dibenar masuk dengar Belanjawan 2021


KUALA LUMPUR, 6 Nov
— Semua Ahli Parlimen dibenarkan memasuki Dewan Rakyat hari ini untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2021.

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan ketetapan Dewan Rakyat semalam yang mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen berada di dalam dewan semasa persidangan.

Anwar bangun membangkitkan perkara itu sebelum pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dijadual pada 4 petang.

Permohonan Anwar itu mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang. 

Antara yang menyokong ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Lim Guan Eng (PH-Bagan). — Bernama


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form