Berita Terkini

Petronas lulus RM10 bilion lagi kepada kerajaan bagi tangani Covid-19


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memaklumkan bahawa syarikat itu telah meluluskan dividen tambahan RM10 bilion kepada kerajaan untuk membantu memerangi wabak Covid-19.

Awal minggu ini, menteri ekonomi berkata, Petronas akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan, selaku pemegang saham tunggalnya pada tahun ini.

Syarikat itu, yang mengalami kerugian pertama dalam hampir lima tahun pada suku kedua, pada mulanya berjanji untuk membayar RM24 bilion dan berkata, dana tambahan akan bergantung pada kemampuannya.

Petronas memaklumkan bahawa dividen tambahan itu telah diluluskan dan akan dibayar pada akhir November, bagi berdepan dengan "cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19," sambil menambah bahawa ia telah membayar sepenuhnya jumlah awal yang dijanjikan.

"Dalam menentukan sama ada dividen tambahan ini wajar, lembaga Petronas pertamanya berpuas hati bahawa syarikat itu dapat dengan selesa terus membiayai operasinya, membayar hutangnya dan memenuhi kewajibannya serta melabur dalam pertumbuhan masa depan," katanya dalam e-mel lewat pada Selasa lalu sebagai menjawab pertanyaan Reuters.

Pengumuman dividen itu diibuat menjelang persiapan kerajaan untuk membentangkan belanjawan 2021, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan ekonomi penularan wabak itu, pada Jumaat ini.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form