Berita Terkini

Penamatan kontrak KDVT2, kerajaan sedia berunding


KUALA LUMPUR:
Kerajaan berdepan tiga tuntutan sivil susulan penamatan kontrak Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) yang diberikan dikurniakan kepada Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.

Tiga tuntutan berkenaan ialah, semakan kehakiman; writ saman kerana mungkir kontrak atau tuntutan ganti rugi daripada pihak syarikat dan permohonan injunksi diambil kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan, berkata bagaimanapun kerajaan ketika berdepan sebarang tuntutan sivil bersikap terbuka untuk sentiasa berunding apa-apa penyelesaian secara berbaik-baik di luar mahkamah.

"Sama dengan kes ini, Jumaat lalu dalam mesyuarat Kabinet, Jemaah Menteri buat keputusan supaya ada kesepakatan dirunding antara syarikat ini dan Kementerian Pengangkutan (MoT) supaya situasi menang-menang dicapai.

"Memang saya akui, kelewatan akan dihadapi kerajaan untuk laksanakan (KDVT2), kerana ia membabitkan tindakan, termasuk injunksi. Syarikat sudah dapat injunksi interim terhadap kerajaan.

"Tetapi ada beberapa permohonan lain sedang ditetapkan tarikh oleh mahkamah dalam bulan ini. Saya yakin kerajaan sedia untuk berunding," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Loke Siew Fook (PH-Seremban) yang mahu tahu sama ada kerajaan sedia mengadakan rundingan semula berhubung KDVT2. - Berita Harian


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form