Berita Terkini

Luluslah Belanjawan 2021 Hari Ini


Ikut adatnya Belanjawan 2021akan lulus hari ini.

Nasib dan masadepan rakyat dan negara bergantung padanya. Disaat kita berhadapan dengan ancaman terhadap negara yang memberi kesan pada ekonomi dan rakyatnya sewajarnya kita semua bersatu sebagaimana titah Yang Dipertuan Agong.

Kerajaan PN ini dianggotai pelbagai parti termasuklah PAS dan BN. Jatuh kerajaan ini maka jatuh dan tercalar juga maruah dan nama baik kita.

Rakyat di luar meletakkan harapan yang tinggi pada kita takkanlah kita mahu mereka melihat kerajaan ini jatuh dan jatuhlah pula kerana kita.

Inilah masanya menzahirkan kesatuan dan kematangan kita.

Pihak pembangkang di Parlimen memang mahu lihat kerajaan ini jatuh dan mereka boleh kembali berkuasa.

Tetapi bukankah sekarang negara berhadapan dengan ancaman. Alangkah baik jika mereka juga tidak mengeruhkan suasana dan menyusahkan rakyat sebaliknya bersatu demi masa depan semua.
Begitulah adatnya dizaman susah dan mencabar pimpinan yang mementingkan negara dan rakyat akan berjiwa besar mengenepikan perbezaan berkorban secara terhormat untuk dilihat dan dinilai semua.

Apa pun jika berlawanan adat ianya boleh ditolak.

Ketika itu menang sorak kampung tergadai. Apa akan berlaku? Pimpinan politik lebih ghairah mementingkan periuk nasi dan agenda peribadi mereka dari negara.

Kesusahan rakyat dipijak-pijak asalkan mereka beroleh kuasa.

Mereka inilah yang perlu diberi perhatian, disenarai hitamkan oleh rakyat dan pastikan tidak lagi diberi tempat.

Semoga semua berjalan lancar demi agama, bangsa dan negara.

ROSLAN SMS


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form