Persekutuan Kristian Malaysia (FFM) hari ini tidak menerima "permohonan maaf" Anggota Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh kerana mendakwa bahawa kitab Injil telah "dipesongkan".
"Kami benar-benar terkilan dan kecewa kerana setelah lebih dua bulan meremehkan kitab suci yang merupakan kepercayaan sepertiga manusia di dunia, Ahli Parlimen Pasir Puteh tidak dapat meminta maaf dengan tulus dan sepenuh hati atas tuduhan mengejutkan dan tidak berasasnya bahawa kitab Injil dipesongkan dan diubah.
"Sebaliknya, dengan berpura-pura memohon maaf - dan bahkan hanya dibuat atas permintaan Yang di-Pertua Dewan Rakyat - dia menambahkan lagi penghinaannya pada 26 Ogos 2020 dengan mendakwa bahawa dia memaksudkan 'mempertahankan keaslian kitab yang diturunkan kepada Jesus tanpa ada perubahan ', "kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.
CFM adalah badan yang memayungi dan mewakili lebih 90 peratus Gereja dari pelbagai denominasi di negara ini.
Apa yang diberitahu oleh Zawawi kepada Parlimen pada 3 November, menurut Hansard, adalah seperti berikut:
"Saya sangat menghormati rakan-rakan yang memeluk agama yang berbagai- bagai. Namun, untuk mengelak kekeliruan yang berlaku, suka saya sebut bahawa isu yang membabitkan Bible bukan sahaja isu yang membabitkan penganut- penganut agama Kristian. Kami umat Islam juga beriman dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS. Itu adalah akidah yang kami pertahankan. Saya sebut 'dipesong' ataupun 'dipinda' itu, tujuan saya ialah untuk mempertahankan keaslian kitab yang ada supaya mana-mana kitab yang diturunkan itu tidak ada sebarang perubahan,"
CFM berkata Zawawi telah membuktikan bahawa dia tidak mengetahui prinsip asas bahawa kitab Injil adalah mengenai Jesus dan bukan "wahyu", atau "diturunkan" kepada Jesus seperti yang didakwa oleh Zawawi.
Menyifatkan dakwaan Zawawi sebagai 'biadab' dan keliru, CFM berkata anggota parlimen itu mengabaikan pandangan yang telah dipersetujui mengenai kitab yang dihormati, diakui secara global dan berbilang bahasa selama berabad-abad.
"Lebih-lebih lagi, Anggota Parlimen itu setakat ini tidak menyebutkan dan tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan bahawa kitab Injil telah 'diubah' dan 'dipesongkan' yang sangat liar, tidak peka dan menyinggung perasaan.
"Apabila dia seorang wakil rakyat yang dipilih terlibat dalam perbincangan yang memecahbelahkan di Dewan Rakyat pada Ogos, pada masa negara kita perlu bersatu untuk mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh wabak global, adalah sesuatu yang sangat memalukan," katanya.
CFM berharap agar rakyat Malaysia mengambil iktibar dan menghormati kitab suci serta kepercayaan agama lain.
"Untuk dihormati perlu menghomati. Marilah kita menjadi pencinta kedamaian dan membina jambatan untuk saling menghormati kepercayaan masing-masing," kata CFM.
Dakwaan Zawawi bahawa kitab Injil 'telah terpesong' dibuat di Dewan Rakyat pada 26 Ogos, ketika diberitahu oleh Anggota Parlimen Beruas Ngeh Khoo Ham bahawa agama Kristian membenarkan pengambilan alkohol secara sederhana.
Ketika itulah Zawawi mendakwa pandangan Ngeh itu dibuat berdasarkan ajaran kitab Injil yang telah 'dipesongkan'.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
ajak ja berdebat... selesai... itu pun kalau geng Kristian berani la..
ReplyDeletesebelum tu habaq mai dulu... kitab yg mana nak guna..?
protestant
orthodox
Mormon
king james
seventh day Adventist
dan lain lain..
sebab semua tak sama. hahahaha
lagi mau langsi