Berita Terkini

Belanjawan 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan dinaik kepada RM300 sebulan - Tengku Zafrul


KUALA LUMPUR:
Elaun Sara Hidup Nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Lebih 40,000 nelayan akan menikmati bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM151 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, tumpuan turut diberi kepada peneroka FELDA.

"Bagi membantu peneroka FELDA, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta ringgit pada tahun hadapan.

Katanya, dengan kenaikan itu, pendapatan 150,000 pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan.
Jelasnya, peruntukan itu bagi membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah.

"Selain itu, RM1.7 bilion ringgit disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.

"Antaranya subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.

"Kesemua bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak,"

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form