Berita Terkini

8 ahli Parlimen pemerintah, 4 pembangkang terpilih ke AJK PAC


PETALING JAYA:
Sebanyak 12 ahli Parlimen iaitu 8 dari pemerintah dan 4 dari pembangkang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baharu, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, hari ini.

Mereka akan mengisi kekosongan dalam jawatankuasa yang dipengerusikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dari DAP dan naibnya, Azizah Mohd Dun, dari PPBM.

Wakil rakyat blok pemerintah yang terpilih adalah Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dari PPBM; Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar dan Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias dari Umno; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dari PBB; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dari PAS.

Di pihak pembangkang, mereka yang terpilih adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dari PKR; Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Md Ramli dari Amanah; Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari DAP; dan Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan dari Warisan.

Wong sebelum ini berharap pelantikan AJK PAC dapat disempurnakan pada sidang kali ini supaya urusannya dapat bersambung semula, kerana tidak dapat bersidang sejak Mac susulan penangguhan sidang Parlimen ke Mei.

Jadual mesyuarat PAC sudah diatur dengan taklimat pertama dijadualkan pada 3 Nov dan disambung dengan urusan lain.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form