Berita Terkini

“Sabah for Sabahan” tidak diterima orang Sabah, dakwa PAS


Rakyat Sabah jelas telah menolak sentimen Sabah for Sabahan yang seolah-olah meletakkan negeri itu terasing daripada Persekutuan Malaysia, demikian menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Malah, rakyat Sabah katanya, bersikap terbuka serta berasa selesa dengan Kerajaan Persekutuan lalu memilih dan memberi keyakinan kepada BERSATU yang asasnya daripada Semenanjung serta tidak menganggap parti nasional lain sebagai pihak luar.

“Ini menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perikatan Nasional di Pusat ini diterima dengan baik, hatta di seberang laut di Sabah sekalipun,” ujarnya dalam Wacana Sinar Harian membicarakan tajuk “Catur Politik: Demi Rakyat atau Kepentingan Peribadi?” baru-baru ini seperti dipetik Harakah Daily.

Menurutnya, rakyat mungkin sudah muak dengan politik, namun dapat membezakan pihak yang benar-benar mengambil pendekatan untuk kepentingan rakyat berbanding mengejar jawatan politik sebagaimana berlaku ketika tempoh PRN Sabah.

Jelasnya, ketika mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau memiliki majoriti baharu untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu pakej baharu yang memberikan kebajikan kepada rakyat.

“Jadi ini rakyat boleh nampak satu pihak sedang, seolah-olah sedang terkejar-kejar untuk menjadi Perdana Menteri, satu pihak lagi sedang bertungkus lumus untuk memberikan kebajikan kepada rakyat.

 Dan saya rasa signal ini diterima dengan baik oleh rakyat Sabah, dan diterjemahkan dalam bentuk keputusan PRN Negeri Sabah,” ujar Kamaruzaman yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan.


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form