Berita Terkini

PKR arah anggota tidak berhimpun Hari Ini


PKR hari ini menggesa penyokongnya tidak mengadakan sebarang perhimpunan, terutamanya di jalan-jalan utama menuju Istana Negara, ketika presidennya Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

“Semua anggota Keadilan adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

“Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Semua ahli Parlimen parti itu juga diminta terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan rakyat di tengah pandemik Covid-19, tambahnya.

Esok Anwar akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan dijangka mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Pada sidang media 23 September lalu Anwar umum memperolehi sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan untuk mengambil alih kerajaan.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form