Header

Perjuanganmu Sangat Unik, Datuk Seri


1) 1998 Kena sailang dengan Tun Mahathir. 16 September kena sailang dengan Pak Lah. 24 Februari kena sailang dengan Azmin Ali. 13 Oktober taktau nak kena sailang dengan siapa pula.

2) Perjuangan mu penuh berliku, Datuk Seri. Disebalik kesusahan dan penderitaanmu, rakyat terheret sama menanggung suka dan duka dirimu dan keluargamu.

3) Ketika dirimu disiksa dan dipenjara, rakyat bersedih dan meratapi. Ketika kau umum untuk melangkah ke istana membawa majoriti, rakyat excited tidak terperi. Berbunga-bunga hati nurani.

4) Rakan-rakan seperjuangan sudah mula membilang hari. Kedudukan mana bakal diisi. Untuk sama-sama menabur bakti. Untuk kesilapan-kesilapan lalu diperbaiki.

5) Jangan toleh ke belakang lagi. Pandanglah ke hadapan. Renungkah kejayaan. Hayatilah kekuasaan yang bakal engkau genggam.

6) Sometimes you must hurt in order to know, fall in order to grow, lose in order to gain. Because the greatest lessons in life are learned through PAIN.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

2 comments:

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.