Berita Terkini

Lukis hembus Covid-19, Fahmi nafi hina menteri


KUALA LUMPUR, 10 Okt
— Kartunis politik menafikan karya terbarunya seakan menghina menteri terbabit Covid-19.

Fahmi Reza berkata lukisan terbabit tidak keterlaluan dan lebih sopan berbanding satira yang pernah dicoret sebelum ini.

“Lukisan berbentuk siluet (silhouette) ini pun kamu anggap ‘menghina’? Kamu tidak tengok karikatur politikus lain yang aku lukis sebelum ini?

“Kalau dibandingkan yang ini sudah kira sopan habis dah,” coretnya di Instagram hari ini.

Lukisan yang dimuatkan tiga hari lepas menggambarkan seorang lelaki berjanggut dan berkopiah menghembuskan virus Covid-19 ke udara.

Warga maya menyifatkan lukisan terbaru Fahmi keterlaluan kerana cuba menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form