KUNAK: Seorang Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Warisan disahkan positif Covid-19.
Adun Kunak, Norazlinah Arif, mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Norazlinah berkata, beliau menjalani ujian saringan kali ke-2 semalam, dan didapati positif.
“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.
Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Oktober lepas.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Berita
